Yang Berhormat John Crawfurd | |
---|---|
Residen Singapura Kedua | |
Dalam jawatan 27 Mei 1823 – 15 Ogos 1826 | |
Raja | George IV (1820–1830) |
Didahului oleh | Major-Gen. William Farquhar |
Digantikan oleh | Abolished |
Butiran peribadi | |
Lahir | Islay, Argyll, Scotland | 13 Ogos 1783
Meninggal dunia | 11 Mei 1868 South Kensington, London, England | (umur 84)
Kerakyatan | Scotland |
Profesion | Pentadbiran Penjajahan |
John Crawfurd FRS (13 Ogos 1783 - 11 Mei 1868) merupakan seorang doktor berwarganegara Scotland, pentadbir penjajahan dan diplomat, serta penulis. Beliau dikenali disebabkan hasil penulisannya mengenai bahasa-bahasa di Asia, dengan bukunya bertajuk History of the Indian Archipelago, dan peranannya dalam menubuhkan Singapura. Beliau dilahirkan di Islay, Argyll, Scotland, dan merupakan anak kepada Samuel Campbell dan Margaret Campbell. Beliau melanjutkan pelajarannya di Bowmore dan mengikuti jejak ayahnya untuk mempelajari ilmu perubatan dan menghabiskan pengajian perubatannya di University of Edinburgh, 1803, ketika berusia 20 tahun. Crawfurd bergabung pertama kali dengan East India Company sebagai doktor pakar bedah.